Jumat, 10 Juni 2011

ZAID BIN ZUBAIR, ULAMA YG DIBUNUH KERANA MEMPERTAHANKAN AGAMA ALLAH

Zaid bin Zubair adalah seorang ulama yang wara’ dan soleh. Beliau tinggal di daerah kekuasaan Gabenor Baghdad yang bernama Hajjaj bin Yusuf, seorang yang zalim dan kejam yang telah terkenal di seluruh negeri. Menjalankan perintah dan politik Bani Umayyah yang memusuhi kaum keturunan Ali, dan menghukum dengan kejam sesiapa yang dicurigainya.

Zaid bin Zubair termasuk salah seorang yang dicurigai dan dianggap menyebelahi Ali bin Abi Thalib. Yang memfitnah itu adalah para ulama yang dekat dengan kerajaan*, padahal semua tuduhan hanyalah fitnah semata-mata. Khalifah memerintahkan Gabenor Hajjaj bin Yusuf untuk mencari Zaid. Kemudian Hajjaj memberi tugas kepada seorang hulubalang yang bernama Multamas bin Aswash bersama 20 orang perajurit untuk menangkap Zaid.

Di sebuah kampung, Multamas bertanya kepada salah seorang pendita Kristian di sebuah gereja, “Dimanakah seorang yang bernama Zaid bin Zubair yang kata orang ia tinggal di kampung ini?” Kemudian ia menunjukkan tempat yang dicari dengan hatinya penuh hairan mengapa seorang spt Zaid bin Zubair yang baik dan soleh akan ditangkap oleh Gabenor.

Multamas bersama perajuritnya berhasil menemukan Zaid, dengan penuh kehairanan melihat kesolehannya. Sepanjang perjalanan yang jauh itu Zaid bin Zubair tidak pernah meninggalkan solat, berzikir dan solat tahajjud di malam hari ketika perajurit semuanya tidur. Zaid pun selalu membangunkan perajurit supaya mengerjakan solat. Hati semua pengawal pun menjadi lemah menyaksikan kesolehan Zaid itu.

Kerika sampai di Baghdad di tempat Gabenor Hajjaj bin Yusuf maka terjadilah perbincangan antara mereka:
“Siapakah namamu?” Tanya Hajjaj dengan nada sombong.

“Zaid bin Zubair.” (Si bahagia anak si teguh) jawab Zaid.
“Bukan! Namamu adalah Syaqiq bin Kusair.”(Sicelaka anak si pecah) kata Hajjaj sambil tertawa dan dengan irama mengejek ia berkata lagi, “Celakalah orang tuamu yang memberikan nama itu.”

Zaid menjawab “Tuhanlah yang menentukan seseorang itu celaka atau tidak..”

“Diam! Kamu akanku kirim ke neraka sebentar lagi!” Bentak Hajjaj bin Yusuf”
“Bila engkau yang punya neraka, tentulah engkau telahku jadikan tuhan sejak dahulu.” Jawab Zaid sambil menghina kesombongan Hajjaj.

“Diam!” Bentak Hajjaj dengan muka merah padam.

“Ali di neraka atau di syurga?” Tanyanya lagi.

“Itu bukan urusanku, ttp urusan Allah,” jawab Zaid dengan tegas.

“Siapa keempat Khalifah yang paling baik?” Tanya Hajjaj.

“Semua baik, saya menghormati siapa shj yg benar-benar bertaqwa!” jawab Zaid lagi.

Kerana Zaid tetap teguh dengan pendiriannya dalam menghadapi saat-saat kematiannya, maka Hajjaj menukar siasat. Hajjaj memberi wang, emas, permata, intan yang berkilau-kilau serta zamrud yang bercahaya. Tetapi ditolak oleh Zaid dengan kata-kata:
“Wahai Hajjaj, apakah faedahnya harta yang demikian itu untuk menghadapi bencana akhirat nanti? Dengan apapun engkau menyeksa saya, wahai Hajjaj eangkau akan menerima balasannya di akhirat dengan balasan yang lebih sakit dan pedih.”

“Apakah engkau tidak suka memohon maaf kepada saya sedangkan saya memberimu peluang untuk berbuat begitu?” Tanya Hajjaj.

“Lebih baik saya memohon keampunan daripada Allah sahaja.” Jawab Zaid.

Hajjaj memerintahkan kepada para pengawal, “Bawalah dia dan bunuh sekarang juga.” Namun Zaid tetap tersenyum.

“Mengapa engkau tersenyum, wahai orang celaka?” Tanya Hajjaj.

“Saya hairan, mengapa engkau berani melawan Allah, berani menentang Tuhan!”

Zaid bin Zubair dipegang oleh pengawal, dan ditelentangkan. Zaid menurut dengan tenang menghadapkan mukanya ke langit, dengan bibir menyebut kata-kata: “Allah..Allah…..Allah.”

Melihat keadaaan itu, Hajjaj memerintahkan agar kepala Zaid ditundukkan ke arah tanah, setelah kepala beliau menunduk ke bawah, beliau membaca ayat:

“Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain).”

Setelah membaca ayat itu , beliau memalingkan wajahnya ke arah kiblat. Melihat keadaan Zaid itu, Hajjaj menjadi lebih marah, lalu memerintahkan kepada pengawal agar muka Zaid dihadapkan ke arah lain. Mendengar kata Hajjaj itu, beliau membaca ayat:

“Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri maka di situlah arah yang diredai Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui.”

Hati Hajjaj menjadi semakin sakit, dalam keadaan marah ia berkata:
“Tekankan kepalanya ke tanah, dan potonglah lehernya!”
Mendengar kata-kata Hajjaj itu, Zaid membaca ayat:

“Dari tanah itulah Kami menjadikan kamu, dan kepada tanah pula Kami akan mengembalikan kamu, dan daripada tanah Kami akan mengeluarkan kamu kedua kalinya.”

Dengan suara yang keras, Hajjaj berkata: “Potonglah lehernya segera! Cepat!!.......”

Maka dengan cepat kepala Zaid ditekankan ke atas tempat yang bernama nathak yakni kulit kerbau yang dikeringkan dan dibentangkan di bawah leher dan kepala orang yang dihukum bunuh di hadapan majlis. Agar darahnya tidak terjatuh ke lantai, dengan segera setelah hukuman dijalankan, kulit itupun digulung.

Sebelum leher beliau disembelih dengan pedang yang tajam, beliau sempat berkata kepada Hajjaj: “Wahai Hajjaj, tidak mengapa saya engkau bunuh, tetapi di kemudian hari nanti engkau akan menderita!” Waktu itu beliau masih sempat berdoa kepada Allah: “Ya Allah, Tuhan kami, semoga aku inilah orang yang terakhir yang dibunuh Hajjaj. Dan setelah hari ini, janganlah dibuka lagi kesempatan bagi Hajjaj untuk membunuh hambaMu.” Kemudian ia mengucap dua kalimah syahadat. Diriwayatkan sewaktu darah mula jatuh dari leher yang dipotong, ia mengalir membentuk kalimah ‘La ilaaha illallah’

Baru satu minggu setelah Zaid bin Zubair di potong lehernya, Hajjaj ditimpa sakit gila dan mati sewaktu dalam keadaan gila yang mengerikan itu. Maka berakhirlah kehidupan seorang soleh yang bertaqwa kepada Allah dan tetap teguh di atas jalanNya, demi mempertahankan aqidah islamiah yang tertanam dalam diri.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar